header image
 

Assalamualaikum.

Assalamualaikum dan Salam Ramadan.

Hmm, dah lama aku tidak update entry blog aku ni. Hal ini berlaku kerana 2 sebab (secara umum):

a) Aku tak tau nak tulis apa. Kebanyakan entry dalam blog ini adalah artikel-artikel yang copy and paste daripada blog-blog atau website lain,

b) Aku memang malas nak update blog. Biasanya sebab yang ni la yang paling sesuai untuk aku kot, hehe…

Tapi sekarang aku rasa nak tulis something kat blog ni. Tapi apa ye? Nak tulis pasal conspiracy theory di sebalik penularan wabak influenza A (H1N1) ke? Ke nak tulis pasal hikayat Sang Kancil dan Buaya? Yang aku tau, banyak jugak perkara yang bermain di fikiran aku, sama ada yang bersifat peribadi mahupun sejagat (universal).

Aku baru balik dari berjumpa kawan aku, S (bukan nama sebenar). S memang kawan aku sejak matrikulasi, pastu kat universiti, pastu time kerja sekarang. Walaupun dia ada kerjaya sendiri dan aku pulak sambung study, kami akan adakan appointment, biasanya weekend, untuk jumpa sambil minum-minum dan makan-makan. Kami pun biasa jugak main basketball sama-sama. Cuma bila last few weekends ni dia kena kerja, so tak dapat la main basketball.

Di antara kami ada persamaan. Kami hidup membujang, takde girlfriend, masih struggle dengan kehidupan post-degree study dengan mencari rezeki. Kami siap budget yang kami ni akan jadi antara orang-orang yang last dalam batch degree yang berkahwin. Bila dah jumpa ni biasa la, mesti cerita pasal hal kerja, pastu cerita plan nak beli rumah, pastu cerita pasal jodoh. Aku rasa orang-orang bujang ni bila jumpa dan borak-borak mesti cerita pasal topik-topik yang camni.

Mungkin disebabkan kami berada di dalam situasi yang lebih kurang sama, aku lebih senang untuk hang out dengan S. Ye la nak jumpa kawan-kawan lain, masing-masing ada komitmen sendiri. Bagi aku, aku cuba untuk menikmati keadaan yang ada dengan sebaik-baiknya. Mana la tau, kot esok lusa dia pindah tempat lain ke, dia kahwin dulu ke, maka susah la aku nak lepak-lepak.

Aku memang lupa betapa masa cepat berlalu. Sedar-sedar aku dah 26 tahun. Aku memang ada masalah nak adapt dengan perubahan. Aku lebih suka untuk take my own time, tapi sekarang ni aku rasakan yang aku ni terlalu laid back. Hmm, guess I have to device my own life plan. Ye, cakap lagi senang dari buat, dan aku tau yang aku ni memang suck in following my own plan. Tapi aku mesti la ada target something in life, kan?

Hmm, untuk starting ni, aku nak kena target bila aku boleh habiskan masters project aku. Tapi, supervisor aku tak dapat nak bagi elaun GRA (graduate research assistant, bukan GRO!!), jadi aku kena cari sumber pendapatan lain yang jugak bererti aku kena cari kerja. Jadi, aku pun browse kerja-kerja kosong, something yang aku dah lama tak buat sejak grad dulu. Ibu suruh aku apply jadi tutor, tapi aku tak pasti yang aku ni sesuai jadi academician ke tak. Kalau kakak aku tau, mesti dia bising-bising cakap, “Kerja tak senang dapat. Ambik je la kerja apa-apa pun”.

Hidup ni banyak variables. Banyak benda dalam hidup yang aku tak mampu comprehend. Tapi aku cuba la untuk meletakkan target dan mencapainya, dan pada masa yang sama cuba untuk menikmati masa sekarang (present).

“I can’t remember all the times I’ve tried to tell myself
to hold on to these moments
as they passed.”

[Counting Crows, A Long December]

-Fin-

Johor trip

tanjung leman (4)

tanjung leman (3)

tanjung leman (2)

Tanjung Leman (1)

Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru

Apabila Jenayah Mengambil Tempat Makruf

*Article credit: Minda Tajdid

Dari jauh saya membaca akhbar Malaysia merasa keadaan keamanan rakyat begitu menakutkan. Jenayah-jenayah berat berlaku di sana sini. Pembunuhan, rogol, rompakan, ragutan dan berbagai lagi jenayah yang perit untuk membayangkannya.

Seseorang dalam negara kita sentiasa dalam kerisauan atau ketakutan untuk berjalan bersendirian, atau membawa barangan berharga, atau memiliki harta mewah, sehingga menggalas beg di bahu boleh mengancam nyawa. Seseorang bukan sahaja merasa tidak selamat semasa di jalanan, bahkan merasa tidak selamat dalam rumahnya sendiri.

Rasa takut untuk membiarkan anak-anak bermain di hadapan rumah sendiri, apatah lagi keluar bermain bersama kawan-kawannya. Penjenayah di sana-sini dengan segala kekejamannya. Bahkan mereka juga mungkin dibela oleh peguam-peguam yang handal di mahkamah. Parti politik yang ‘kehausan kuasa’ juga mungkin mengambil kesempatan membela penjenayah, jika itu dilihat boleh dijadikan isu politik.

Hilanglah nikmat keamanan yang pernah kita kecapi dahulu. Juga mungkin Allah telah menarik balik rahmat keamananNya. Ia adalah satu bala yang besar dalam kehidupan rakyat. Antara punca hal ini terjadi adalah kerana hilangnya penghayatan Al-Amr bi al-Ma’ruf Dan al-Nahy ‘An al-Munkar iaitu menyuruh kepada yang baik dan mencegah mungkar (kejahatan).

Tanggungjawab ini disebut oleh al-Quran dan al-Sunnah begitu banyak. Antaranya Allah menyebut: (maksudnya)

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang dari berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya, mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Taubah ayat 71).

Perkataan mungkar sering disempitkan tafsirannya oleh pemikiran sesetengah kita kepada perkara-perkara seperti zina, minum arak, berjudi dan beberapa perkara lain yang ‘sama spesis’ dengan itu sahaja. Maka sesiapa yang menyertai operasi mencegah hal-hal ini sahaja yang ‘dirasakan’ menunaikan tanggungjawab agama.

Sementara kemungkaran lain seperti mengambil dadah secara salah, mencuri, merosakkan harta awam, memaki hamun orang, berlumba haram yang merbahayakan awam dan jenayah-jenayah lain dirasakan sebagai jenayah biasa yang tiada kaitan dengan agama. Maka tindakan mencegah kesalahan-kesalahan ini tidak dirasakan sebagai amalan soleh yang diperintahkan oleh agama.

Ini mungkin antara keburukan penyempitan fungsi mahkamah syariah dalam negara kita. Hasilnya, jemaah masjid mungkin membuat operasi tangkap khalwat, kononnya sebagai kerja agama, tetapi membiarkan anak muda kampung yang sedang berkumpul menghisap dadah atau ganja atau merosakkan harta benda awam.

Jika ada pihak pejabat agama yang pergi membuat ‘operasi mengintip khalwat’, dirasakan amalan soleh, walaupun itu bercanggah dengan ajaran Islam. Sementara kerja pihak polis atau ‘rukun tertangga’ mencegah jenayah yang merosakkan masyarakat hanya dianggap sebagai tugasan biasa atau tanggungjawab sosial semata, tidak pula dinilai sebagai tanggungjawab yang diperintahkan oleh Allah dan rasulNya.

Baca selanjutnya. Klik di sini

unspoken

diary pics

...

blank... (-_-)

calm.

sunday is my day of the week

mandi-manda

satu senja di bagan lalang

Beza Antara Merebut Nama Allah Dan Mempertahankan Akidah

*Article credit: Minda Tajdid

Isu dalam artikel ini telah ditulis oleh Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin setahun yang lalu. Dicadangkan untuk pembacaan.

Banyak pihak mendesak saya memberikan pandangan tentang penggunaan nama Allah oleh agama lain khususnya agama Kristian di Malaysia ini. Pada awalnya, saya selalu mengelak, cuma memberikan pandangan ringkas dengan berkata: “Isu ini bukan isu nas Islam, ianya lebih bersifat pentadbiran atau tempatan.

Peraturan ini mungkin atas alasan-alasan setempat seperti kenapa sekarang baru ditimbulkan isu ini? Kenapa hanya Bible dalam bahasa melayu sahaja yang hendak menggunakan panggilan Allah, tidak pula edisi inggerisnya? Adakah di sana ada agenda tersembunyi? Maka wujudnya tanda soal dan beberapa prasangka yang mungkin ada asasnya. Maka lahirlah kebimbangan terhadap kesan yang bakal timbul dari isu itu nanti.

Namun, akhir-akhir ini saya terus didesak. Saya kata: jika anda hendak tahu pendirian Islam bukanlah dengan falsafah-falsafah tentang akar bahasa itu dan ini yang diutamakan. Rujuk terdahulu apa kata al-Quran dan al-Sunnah. Lepas itu kita bincang hukum berkenaan bertitik tolak dari kedua sumber tersebut.

Kadang-kala kesilapan kita dalam mempertahankan perkara yang tidak begitu penting, boleh melupakan kita kepada isu yang lebih penting. Isu yang terpenting bagi saya adalah kefahaman mengenai keadilan dan kerahmatan Islam yang mesti sampai kepada setiap rakyat negara ini, muslim atau bukan muslim. Supaya gambaran negatif yang salah terhadap Islam dapat dikikis dari minda mereka yang keliru.

Di samping itu, hendaklah kita jelas bahawa yang membezakan akidah Islam dan selainnya bukanlah pada sebutan, atau rebutan nama Allah, sebaliknya pada ketulusan tauhid dan penafian segala unsur syirik. Di samping, kita mesti bertanya diri kita: mengapakah kita sentiasa merasakan kita akan menjadi pihak yang tewas jika orang lain memanggil tuhan Allah? Mengapakah kita tidak merasakan itu akan lebih memudahkan kita menyampaikan kepada mereka tentang akidah Islam?. Maka, apakah isu ini bertitik tolak dari nas-nas Islam, atau kebimbangan disebabkan kelemahan diri umat Islam itu sendiri?

Jika kita membaca Al-Quran, kita dapati ia menceritakan golongan musyrikin yang menentang Nabi Muhammad s.a.w juga menyebut nama Allah dan al-Quran tidak membantah mereka, bahkan itu dijadikan landasan untuk memasukkan akidah Islam yang sebenar.

Firman Allah: (maksudnya) “Dan Demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah!”. (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!” (Surah al-Zukhruf ayat 87-88).

Firman Allah dalam ayat yang lain: (maksudnya) “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63).

Ayat-ayat ini, bahkan ada beberapa yang lain lagi menunjukkan al-Quran tidak membantahkan golongan bukan muslim menyebut Allah sebagai Pencipta Yang Maha Agung. Bahkan Nabi Muhammad s.a.w disuruh untuk mengucapkan kesyukuran kerana mereka mengakui Allah. Apa yang dibantah dalam ayat-ayat ini bukanlah sebutan nama Allah yang mereka lafazkan, sebaliknya ketidak tulusan tauhid yang menyebabkan akidah terhadap Allah itu dipesongkan atau bercampur syirik.

Teruskan membaca. Klik di sini

sot falasteen

Assalamualaikum semua. Agak lama jugak tak post blog ni. Kali ni nak share beberapa artwork drpd artist2 dari palestin. Image2 ni diambil dari website diorang. Kalau nak tengok yang lain2 atau nak tau info lanjut boleh log in website Ramallah Underground.

Pandang ke langit

heaven's light

Kejumudan Menatijahkan Kebangkitan Liar

*Article credit: Minda Tajdid

Berbeza pandangan antara satu sama lain dalam kalangan masyarakat manusia adalah perkara biasa. Apatah lagi dalam perkara-perkara yang sememang boleh diberikan berbagai andaian dan penafsiran.

Perbezaan pandangan dalam usaha mencari yang terbaik adalah satu keperluan hidup insan. Mengikut secara membabi buta tanpa mahu berfikir dan menilai adalah punca kepada kesesatan atau sebab kepada kemunduran sesebuah masyarakat.

Manusia yang buruk dalam masyakat ini ialah mereka yang menghalang pemikiran kedua, atau pandangan kedua dalam perkara-perkara yang dibolehkan untuk adanya perbezaan pendapat. Menghalang orang lain berfikir selain dari apa yang kita fikirkan adalah permulaan jalan menuju masyarakat jumud, atau kejumudan ilmu, bahkan jika itu membabitkan kekuasaan dan pentadbiran ia akan membawa kepada pemerintahan kuku besi.

Di samping banyak perkara yang mungkin kita berbeza dengan Barat, kelebihan mereka adalah ruang yang selalu diberikan kepada pemikiran baru, atau masyarakat mereka diizinkan untuk mempunyai pandangan yang berbeza sekalipun dengan ‘arus perdana’. Seseorang tidak merasa terancam untuk berbeza pendapat atau memberikan padangan yang kedua.

Rosaknya sesetengah negara, termasuk negara umat Islam adalah apabila pandangan yang berbeza dihalang, bahkan diambil tindakan. Maka lahirlah sikap keras dan kejam, ketidakadilan dan tidak berkembangnya ilmu pengetahuan. Sepatutnya pandangan yang berbeza selagi memenuhi peraturan norma-norma ilmu hendaklah diberi ruang dan kesempatan.

Lebih buruklah jika pandangan ilmiah yang berbeza itu ‘diharamkan’ atas nama agama. Lalu pihak yang menguasai urusan agama itu menghukum orang yang berbeza dengan mereka sebagai musuh agama, atau musuh Tuhan, padahal pendapat yang diberikan itu telah memenuhi piawaian ilmu dan tidak bertujuan menderhakai Tuhan.

Teruskan membaca. Klik di sini

Haji: Antara falsafah, tokok tambah dan nas

*Credit: Minda Tajdid

Artikel sempena Aidiladha

Ajaran Islam menentang sebarang unsur keberhalaan. Umat Islam tidak menyembah Kaabah, sebaliknya hanya menghadapkan wajah ke arah Kaabah bagi memenuhi arahan Allah juga kesatuan dalam ibadah. Pada awalnya umat Islam menghadap ke arah Masjid al-Aqsa, kemudian Nabi s.a.w. memohon agar dipilih Masjidilharam sebagai arah kiblat. Lalu Allah menerima harapan baginda. Maka pemilihan arah kiblat Allah adalah ketetapan Allah. Kita tidak menjadikannya seperti agama-agama berhala.

Seorang penceramah haji dalam satu penyampaiannya menyatakan bahawa apabila seseorang melontar di jamrah, dia hendaklah melontar dengan sekuat mungkin dan penuh kemarahan terhadap syaitan yang selalu menghasut kita. Menurutnya, ini kerana jemaah haji ketika itu sedang melontar syaitan yang berada di situ.

Para hadirin ada yang terfikir: Apakah syaitan yang begitu bijak menipu dan menghasut manusia menjadi begitu bodoh sehingga sanggup tunggu di jamrah-jamrah pada waktu haji untuk membiarkan diri mereka dilontar oleh jutaan manusia? Dia bertanya saya tentang kekeliruan itu. Saya berkata, syaitan memang jahat dan dilaknat, namun saya juga tidak fikir untuk mereka menunggu agar dilontar pada hari-hari haji. Saya rasa syaitan tidak sebodoh itu. Beliau kehairanan dengan jawapan saya. Dia bertanya kebingungan: Habis, apakah agama menceritakan sesuatu yang bohong? Saya katakan: Tidak! Tetapi ustaz itu yang cuba berfalsafah tentang ibadah tanpa merujuk kepada dalil dan akal yang waras.

Entah berapa banyak para penceramah yang ‘sewaktu dengannya’. Jika penceramah berkenaan membaca dan memahami nas, tentu dia tidak membuat huraian seperti itu. Dalam hadis daripada Ibn ‘Abbas, katanya: Pada pagi Hari ‘Aqabah (musim haji) Rasulullah s.a.w. bersabda kepadaku ketika baginda berada di atas kenderaannya: Kutipkan untukku (batu-batu kecil untuk melontar jamrah al-‘Aqabah). Aku pun mengutip batu-batu kecil untuk baginda yang kesemuanya sebesar biji kacang. Apabila aku meletaknya ke dalam tangan baginda, baginda pun bersabda: (Ya) sebesar ini! Jauhilah kamu ghulu (melampau) dalam agama, kerana sesungguhnya ghulu dalam agama telah membinasakan mereka yang sebelum kamu. (Diriwayatkan oleh al-Nasa‘i, Ibn Majah, al-Baihaqi dan Ahmad. Dinilai sahih oleh Ibn Khuzaimah dan al-Albani).

Teruskan membaca. Klik sini